Bismillah
assalamualaikum.. Salam sejahtera buatmu,
salam ramadhan full barakah!
alhamdulillah, hari ini adalah ke 14 ramadhan tahun 1434 hijrah.
14 hari sudah kita mengenerate iman dan taqwa kita, insya Allah half way already gone, dan insya Allah bekalan separuh lagi, akan kita usahakan dengan lebih bersungguh- sungguh .. Ayuh!
Bila sampai bulan ramadhan, teringat beberapa tahun lepas, bila mana ambil keputusan untuk iltizam dengan hijab dan pakaian yang lebih sempurna,
Hijrah dari tudung kurang labuh kepada yang lebih labuh,
Hijrah dari seluar kepada skirt, yang tak pernah diimaginasikan alam kotak pemikiran.
subhanallah, nikmat Allah yang menggerakkan untuk mencari dan bertukar kepada yang lebih sempurna.
BIla terasa nak lebih conscious dengan aurat sendiri, kaki yang terasa tak mampu lagi ditutupi dengan seluar dan tudung dan baju yang lebih selamat.
bukan mudah!
tapi insya Allah ianya mudah, bila kita jadikan dan mulakan dengan suatu asas yang kukuh!
Berubah dan bertukar berhenshin lillah.
Batu asas yang kukoh dan yang akan menjaga disepanjang jalan.
Mudah mudahan keistiqamahan juga akan dijaga oleh Allah, insya Allah.
bukan mudah nak tukar the whole wardrobe, banyak yang perlu infakkan ( infak utk diri sendiri)
Bukan mudah untuk dapatkan kekuatan untuk ambil langkah pertaman.
Tapi insya Allah, lillah, lillah, lillah..
Bismillah jalan terus.
benarlah kita pada niat kita, insya Allah Allah akan benarkan.
Benarlah kita pada iltizam kita, insya Allah Allah akan benarkan.
Bila melihat, akhawat yang masih struggle untuk beriltizam dengan pemakaian islam, i would say, segalanya bermula dari dalam diri kita.
Di saat kita mencari kesempurnaan dalam pemakaian , kita sebenarnya ianya satu manifestasi iman kita.
hanya iman yang segar dan hidup, akan menghidupkan dan melahirkan perubahan.
Dan hanya iman yang benar, akan mengalir dan tidak menangguh- nangguh bukti keimanan.
bersyukur akhawat, kerana sebuah arahan cinta ilahi ini, adalah salah satu cara pembuktian cinta kita pada yang Maha Esa, kerna sang ikhwah, tidak ditagih bukti seperti ini bukan?
jadi, cinta perlukan pembuktian, nah inilah satu caranya.
Beranilah berubah, sempurnakan auratmu.
Apa yang pendek dipanjangkan,
Apa yang jarang ditebalkan,
Apa yang tidak ditutupi tutupilah,
Bersihkan niat, benarkan niat, beriltizamlah dan berubahlah!
P/s : akhawat, jgn takut dikata sepesen, sebab menjadi sepesen itu, forcing factor-nya bukanlah disebabkan keakhawatannya, tapi disebabkan cara pandang yang sama.
P/ss : sedang belajar menconteng- conteng kembali..=_=
Dari hati,
عاقيلة