Wednesday, 27 August 2014

bila dia meminta..

dulo-dulo selalu didengarkan dengan kata-kata seperti ini..
''Dakwah ini akan meminta segala-galanya darimu''

Dulo-dulo rasa dah faham..

tapiii...

ooooooooo

Masih belum fahm rupenyeee..

Bila dia datang meminta masamu, tegarkah engkau memberikannya sedangkan engkau amat butuhkannya

Bila dia datang meminta simpananmu, tegarkah engkau menghulurkan tatkala kehendakmu harus engkau abaikan

Bila dia datang menuntut pengorbananmu, tegarkah engkau menahan kesakitan demi kesakitan

Bila dia datang menuntun kesabaranmu, tegarkah engkau TETAP bersabar..

ooo..Masih jauh rupanya..

Masih jauh untuk memahami hakikat itu...

Sangat-sangat..

Adesss...


Hyperactive + positif thinking

Saya ada musim akan hyperactive. Kata kakak saya hyperglycemic ke? Terlebih gula terlebih glucose, overproduce ATP. Jadilah energetic semacam.

Tapi itulah, kalau semakin lama semakin banyak idea berlari-lari kedalam kepala. Terlebih semangat. Terlalu positif dengan keadaan sekeliling.

Sampaikan, bila saya rasa saya terlebih positif dengan keadaan disekeliling, saya akan berkata pada diri sendiri, " Mu ok lagi ke?'' ''Hey! always give a second thought ok!''
Banyaklah dialog dengan diri sendiri.

Tapi, medan berangan-angan itu, lebih besar dari medan berfikir, medan berfikir lebih besar dari medan beramal, bahkan medan beramal lebih besar dari medan berjihad dan medan jihad itu sendiri lebih besar dari medan jihad yang muntij (effective)

Benar! saya akui. Tapi tak bermakna saya perlu menghentikan angan-angan dalam kepala saya ini. Cuma mungkin perlu dikontrol tatkala idea GILA datang tanpa diundang pada waktu yang tak sepatutnya.

Betul cuba positifkan keadaan.

Sebagai contoh : tahun ni saya akan balik lambat ke Malaysia (insya Allah saya kenalah positif saya akan balik Malaysia, setiap kata-kata itu doa, dan saya kena yakinlah doa saya kan diperkenankan, walaupun saya tak tahu gaya mana doa tu akan diperkenankan. tapi saya tahu He's listening, just be patience). Tak perlula sedih kalau saya tak mampu nak bersama-sama orang lain berSummerCz di Malaysia. Mari BerSummerCz di Czech.

Daripada bersedih, baik kita manfaatkan keberadaan kita ni dengan sesuatu yang baik! Sangat banyak benda yang boleh diusahakan. Banyak sangat. Paling kurang list dalam kepala saya ni dah lebih dari 5 la. Sapa nak tahu boleh PM saya kat mana-mana ok!

Mungkin ini peluang untuk saya improvekan diri. Untuk merasai ramadhan yang saya betul-betul boleh bertaqarrub dengan Allah sehabis baik! Yelah ramadhan di Malaysia, kadang-kala menyebabkan saya fail dengan target-target saya.

Apa-apa pun, yang pasti kita kena sedar, walau di mana pun kita, status kita dan title kita sebagai hambaNya tetap takkan berubah. Biar pun di Malaysia, di Czech R. Di planet mana sekalipun (jika anda dok planet lain lah yeh) tetap sama. Kerja-kerja ubudiyyah dan khalifatullah sentiasa saje membontoti kita. Sentiasa aja dipikul di bahu ini.

Kerja-kerja catat mencatat di lembaran-lembaran amalam kita sentiasa akan berlangsung. Sunnah-sunnah dan ketetapan akan terus berlalu.

Kitalah. Kitalah. KITAlah yang akan membezakannya.

Semoga suatu hari nanti kita boleh menjadi salah seorang dari peserta rombongan ini..


Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (mereka pun masuk).Serta mereka berkata:” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal”.Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: “Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!” Az Zumar 39 : 73-75

Positiflah dengan apa sahaja yang berlaku di dalam hidup kita. Kita hamba yang kerdil ni memang tak tahu apa yang terbaik yang akan berlaku. Biarpun kita boleh usaha dan doa. Kita tetaplah bukan penguasa!

Ok!

wallahu'alam

I for I

Musim exam ni, perkara yang paling sensitif untuk dibicarakan bagi saya adalah family. Malam ni, ringan sangat mulut saya ni untuk bercerita pada Si Teman Meja Makan.

Kat rumah itu ini, mak saya itu ini, ayah saya itu dan ini, kakak saya, adik saya, atuk saya..bla-bla.

Musim exam beginilah, hati ni terasa rindu teramat pada insan-insan itu. Pastilah ibu menjadi insan pertama yang dirindui.

Summer ni mungkin menjadi, ujian besar untuk sebuah rindu ini. Cabaran untuk memendam rasa dan rindu.

Teringat tahun-tahun sudah. Waktu summer saya akan menjadi teman ibu. Pasti akan saya membontoti ibu kemana sahaja dia pergi kecuali sekolah atau tandas atau ke bilik. Dari ke pasar ataupun ke halaman rumah.

Musim ramadhan, pasti akan sama-sama bersaing dengan ibu untuk siapkan sahur. Siapkan juadah berbuka. Sama-sama kemaskan rumah untuk sambut lebaran.

Ramadhan sudah, pagi-pagi pasti lenguh peha ibu, menanggung kepala saya saat dia membaca al Quran. Anak daranya yang seorang ni gemar amat tidur di atas ribaannya. Pasti itu kenangan untuk di ingat-ingat untuk ramadhan ini. Selesa benar tidur berbantalkan peha sang ibu. Iye saya anak ibu yang manja.

Menjelang lebaran, kesian ibu saya marahi sebab dia panjat tangga untuk bersihkan dinding rumah. Bukan apa risau. Kalau terjatuh atau apa. Biarlah saya yang panjatkan.

Dan yang paling dirindui adalah pelukan dan ciumannya buat saya. Kejap! Hangat! Buat saya di perantauan ini rindu! Sangat!

Pasti ada tangisan ibu, mengiringi setiap kali menghantar anaknya ini pulang ke tempat belajar. Biarpun puas dipesan-pesan. 'Ibu janganlah nangis. A_ _ pergi setahun je, tahun depan balik lagi.' Nyata tahun ini saya mungkiri janji itu.

Moga diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan insan-insan yang dirindui.
Mata dah basah pipi pun dah basah.

Moga Allah bahagiakan ibu dan abah dan adik-beradik walaupun saya tak ada di samping mereka..



Percaya dengan pasti

Bismillah..

Sejauh mana kita meyakini yang Allah pastinya memberikan yang terbaik untuk kita.
Terbaik.
walaupun sesuatu yang berlaku itu kita terpaksa mujahadah untuk hati kita firm dengan ketentuan itu.

Just.Believe.

Selagi kita yakini DIa pasti memberikan yang terbaik.
iAllah Dia memang sediakan yang terbaik.

Dari sudut pandanganNya
Dari kaca mataNya
Dari perhitunganNya.

Jadi usah gundah
Usah khuatir.

iAllah khoir~

Rasa itu datang.
Perasaan untuk terus "hidup"
atas sebuah definisi kehidupan yang tak semua kini mengerti.

Hanya mereka yang bercakap dengan bahasa yang sama bisa mengerti.

iAllah nanti, semuanya pasti mengerti
Erti sebuah hidup ini..


Kg.Petani - 20092011

reactivating

Bismillah..

Sekian lama tak menulis. Malah jarang sekali menjengah ke blog sendiri.

Tadi, selepas diminta berkali-kali oleh zauj link blog ini akhirnya kuberi jua, walaupun hakikatnya aku segan dan merasakan blog ini kurang manfaatnya.

Tapi..dia membuatkan aku kembali membaca coretan-coretan lama.

Rupa-rupanya coretan-coretan itu memberikan sesuatu. Perasaan-perasaan hadir.

Hidup ini, perlu dinukilkan, perlu dipotretkan, perlu dikenang-kenangkan,
Paling kurang untuk kenangan,
Paling kurang untuk peringatan sendiri,
Paling kurang untuk motivasi sendiri tatkala hati melemah,
Paling kurang aku tahu siapa aku suatu masa dahulu..

Mungkin, blog ini akan terus hidup biiznillah.
Agar hidup ini terlukis atas kanvas kehidupan, paling-paling utk aku membacanya saat sendiri!