Monday, 3 June 2013

Bismillah..

Ikhlas tu susah tahu tak? Lagi-lagi bila kamu berikrar untuk ikhlas buat kerja-kerja baik (kerja ajak orang buat baik).

Saatnya kamu akan teruji dengan diri kamu sendiri. Mungkin dulu kamu teruji dengan anak binan yang degil, sampai kamu ramai kamu kena kuasai dirinya untuk tarbiyyah dia, kalau dulu kamu teruji dengan rakan-rakan sekapal yang tak sama bulu dengan kamu, kamu bulu beruang, mereka ada yang bulu ayam, bulu singa, bulu kucing dan juga bulu tikus.

Itu lebih mudah, lebih mudah untuk overcome dengan untuk ikhlas dengan diri sendiri.

Bila mana, kamu teruji dengan bergeser dengan prinsip yang berpuluh tahun kamu tanamkan, bilamana apa yang terjadi memerlukan kamu membuka, menjahit dan menampal kembali luka-luka yang lama telah kamu simpan. Iye luka yang dulu, tampal je, sampaikan tak perasan luka tu tak pernah sembuh. Asyik symptomatic treatment, sebab kamu tahu causal treatment tu sangat-sangat menyakitkan, bahkan akan menyebabkan bergalion air mata akan turun.

Dan kali ini, itulah yag terjadi..

Yang kamu bergeser kali ini, adalah diri kamu sendiri.

Lawan kamu adalah diri kamu.

Yang kamu perlu ubah dia, rawat dia, CURE dia yag paling penting.

Dan sesungguhnya kerja itu bukan lah sesuatu yang mudah!

Tak pernah mudah..pastinya meyakitkan..pastinya mendarahkan..

Tapi kamu tahu..kamu selagi kamu tak sembuhkan diri kamu..begitulah kamu..

Akan terdampar, lama-kelamaan akan dibawa ketepi, akhirnya reput dan hilang tanpa dapat dikesan lagi.

Dan itulah perkara yang kamu paling takuti..
Hilang dan tak dapat dikesan.

Akhirnya kamu akui, bahawa diri kamu masih lagi tertampal dan penuh dengan lumpuran jahiliyyah..
yang perlu kamu lawan, perang..

sakit bahkan menyakitkan. 

.......

......

ikhlaskan hati, 

No comments:

Post a Comment