Saya ada musim akan hyperactive. Kata kakak saya hyperglycemic ke? Terlebih gula terlebih glucose, overproduce ATP. Jadilah energetic semacam.
Tapi itulah, kalau semakin lama semakin banyak idea berlari-lari kedalam kepala. Terlebih semangat. Terlalu positif dengan keadaan sekeliling.
Sampaikan, bila saya rasa saya terlebih positif dengan keadaan disekeliling, saya akan berkata pada diri sendiri, " Mu ok lagi ke?'' ''Hey! always give a second thought ok!''
Banyaklah dialog dengan diri sendiri.
Tapi, medan berangan-angan itu, lebih besar dari medan berfikir, medan berfikir lebih besar dari medan beramal, bahkan medan beramal lebih besar dari medan berjihad dan medan jihad itu sendiri lebih besar dari medan jihad yang muntij (effective)
Benar! saya akui. Tapi tak bermakna saya perlu menghentikan angan-angan dalam kepala saya ini. Cuma mungkin perlu dikontrol tatkala idea GILA datang tanpa diundang pada waktu yang tak sepatutnya.
Betul cuba positifkan keadaan.
Sebagai contoh : tahun ni saya akan balik lambat ke Malaysia (insya Allah saya kenalah positif saya akan balik Malaysia, setiap kata-kata itu doa, dan saya kena yakinlah doa saya kan diperkenankan, walaupun saya tak tahu gaya mana doa tu akan diperkenankan. tapi saya tahu He's listening, just be patience). Tak perlula sedih kalau saya tak mampu nak bersama-sama orang lain berSummerCz di Malaysia. Mari BerSummerCz di Czech.
Daripada bersedih, baik kita manfaatkan keberadaan kita ni dengan sesuatu yang baik! Sangat banyak benda yang boleh diusahakan. Banyak sangat. Paling kurang list dalam kepala saya ni dah lebih dari 5 la. Sapa nak tahu boleh PM saya kat mana-mana ok!
Mungkin ini peluang untuk saya improvekan diri. Untuk merasai ramadhan yang saya betul-betul boleh bertaqarrub dengan Allah sehabis baik! Yelah ramadhan di Malaysia, kadang-kala menyebabkan saya fail dengan target-target saya.
Apa-apa pun, yang pasti kita kena sedar, walau di mana pun kita, status kita dan title kita sebagai hambaNya tetap takkan berubah. Biar pun di Malaysia, di Czech R. Di planet mana sekalipun (jika anda dok planet lain lah yeh) tetap sama. Kerja-kerja ubudiyyah dan khalifatullah sentiasa saje membontoti kita. Sentiasa aja dipikul di bahu ini.
Kerja-kerja catat mencatat di lembaran-lembaran amalam kita sentiasa akan berlangsung. Sunnah-sunnah dan ketetapan akan terus berlalu.
Kitalah. Kitalah. KITAlah yang akan membezakannya.
Semoga suatu hari nanti kita boleh menjadi salah seorang dari peserta rombongan ini..
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (mereka pun masuk).Serta mereka berkata:” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal”.Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: “Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!” Az Zumar 39 : 73-75
Positiflah dengan apa sahaja yang berlaku di dalam hidup kita. Kita hamba yang kerdil ni memang tak tahu apa yang terbaik yang akan berlaku. Biarpun kita boleh usaha dan doa. Kita tetaplah bukan penguasa!
Ok!
wallahu'alam