" Kau tahu kenapa aku memilih untuk terbang jauh," Qila bertanya. Matanya menghala ke lautan membiru.
"hmmm...kenapa?" Tanya Sya ringkas.
" Kerna aku mahu lari dari kehidupan ini," Tak beriak waja Qila. Masih tenang.
Sya termenung. Kaget dengan pertanyaan Qila. Sahabatnya yang sangat disayanginya itu, sepertinya ada rahsia yang mahu diungkapkan.
Gadis misteri itu, pastinya banyak ceriteranya. Kadang-kala Sya buntu dengan sikap teman baiknya itu. Terlalu dingin untuk didekati, terlalu memandam rasa, terlalu perahsia orangnya.
Amat jarang sekali, rahsia di hati dikongsikan kepada sahabat-sahabat.
Sya merenung Qila, yang masih tak berganjak dari memandang ombak yang bertalu-talu memukul pantai. Seakan itulah gelojak di hatinya. Rahsia labyrith hatinya belum pernah diungkapkan pada siapa pun. Terlalu payah, untuk bercerita, terlalu payah untuk keluar dari belon ciptaannya sendiri.
6 tahun berlalu. Dia masih ingat saat pertama, dipasangkan impian beribu remaja sepertinya. Ingin terbang bebas. Tapi tujuannya bukan seperti mereka. Dia ingin terbang jauh. Jauh dari masa silamnya. Jauh dari bayang-bayang mereka yang pernah hadir dalam hidupnya. Jauh dari segalanya.
Seakan-akan melarikan diri itu satu penyelesaian. Iya, baginya ianya sebegitu.
.....

No comments:
Post a Comment