Tuesday, 25 June 2013

Random rambling and reflections

Bila cukup kefahamannya, 
Org itu akan bergerak sendiri tanpa perlu ditolak - tolak mahupun dipaksa.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Biarpun apa ceritanya,

moga Allah terus memberimu kefahaman yang sempurna
Dan membantumu disetiap langkahmu.

P/s : terharu dgn xbinaanbulatangembira. ^_^

Saturday, 22 June 2013

=.=


Macam coolioo..

^_*

Friday, 21 June 2013

Cermin dan realiti

Apa yang dipandang kala tak seperti yang sebenar.

pandangan itu mudah menipu,
Hanya hati sahaja yang tahu,

Pada saatnya
 akan termalu sendiri, 
apabila, yang dipuji itu cuma pujian yang dihembus- hembus sang bayu.

ibarat cerminan, cantik, yang kadang, menipu.

Menipu mata- mata, dan andainya menipu jua,
Mereka disana.

menjadi si bermuka- muka.

namun, pastinya, Sang Maha Mendengar pastinya tahu.

dia bukannya begitu.

Akhirnya tertunduk malu,

Kerna Dia Maha Tahu siapa diri ini.

indah diluar,
indah di mata.

dan hanya Dia yang tahu.

hakikat sebenar.


=,=. T_T


Tuesday, 18 June 2013

Rambling..a year a head

Soalan masih banyk, bertimbun- timbun, berbukit- bukit.

kalau ikutkan hati, sudah pasrah. Mustahil dapat dihabiskan soalan-soalan itu.

hati mulai resah, kian luntur pengharapan.

..

Mula kian risah gelisah.

usaha itu sekiranya menjadi sandaran sesuatu natijah,

Jiwa kita takkan pernah bertenang

Galaunya saja.

Tapi natijah itu bukan formulanya berkadar langsung dengan usahanya.

benar sunnatullahnya, benar man jadda wa jada, 

tapi sunnatullah itu, sebagai motivasi, sebagai tanda aras kesungguhan kita.

tak pernah jadi tanda aras, sebuah kejayaan.

kerana kejayaan itu, definasinya luas.

mungkin tidak seperti jangkauan fikiran, akal, dan juga emosi kita.

..

Kembali ikhlaskan hati, redhaMu sajanyang kunanti.

mudah- mudahan kepenatan itu terselit buah- buah berkah dari Mu

minattaufiq wa hidayah.

Wa najah wa mumtazah!

Monday, 3 June 2013

Sandarkan saja padaNya

Bismillah..

assalamualaikum wr wb

teringat lagi, dulu seorang kakak pernah sampaikan pesan pada saya,
" kita kena pastikan 3mosi kita sentiasa stabil "

Dan harini, semalam dan kebelakangan ini, saya teruji dengan 3mosi saya yang meragam! 
Dan hari inilah kemuncaknya. Dada terasa sempit, akal seperti diblock, empangan seperti tak tertahan mahu pecah aja!

puas, dibuat itu dan ini, untuk tenangkan jiwa yang kacau!

akhirnya, saya membawa diri menapak, Mencari ketenangan dengan bumi yang mendung.

Kaki yang sepatutnya ke kedai ice cream akhirnya , Allah tetapkan untuk diangkat ke taman...

...


Air sungai, menderu laju. Rupa- rupanya paras air di sungai Labe dan Orlice pun sudah naik. 
arus laju sangat..

hatiku terdetik, kalau layan perasaan, dan berkurung , kita selalu insensitive dengan keadaan sekeliling.


Semua benda terlupa, dan dilupakan.

Dan akhirnya,memang saya terlupa satu temujanji penting hari ini..

Begitulah kita, bila terlalu overwhelm dengan masalah sendiri, bila terlalu sibuk dengan 'Aku', akan menjadi individualistik. Segalanya akan menjadi self centric. Aku dan aku dan aku, yang menjadi topik pemikiran...

But then, alhamdulilah.. Saya nak sharekan ibrah dengan apa yg berlaku hari ini.

# Moral of the stories,
~ 3mosi perlu stable, akan rugi banyak perkara bila 3mosi kacau. 

Contohnya;
Saya terlupa temujanji paling penting! Esok kena fikir cara nak minta maaf dalam bahasa czech.

~ carilah solusi dari Rabbil alamin, pasti akan diberikan solusi demi solusi. 

Contohnya :

~ ada ex hadek usrah, share tadabbur, and yet ayat tu sgt- sangat mengena batang hidung
~ housemate share satu video, yang menyentapkan hati. Allah bagi kita ujian, sebab nak kita tunduk kepada Dia dengan sungguh- sungguh. kalau kita jadikan Allah centre kepada kehidupan kita, selain dari Dia akan jadi kecik sahaja.
~ Allah bagi teman, yang datang share bebanan hatinya, in which beban di hati beliau, lebih besar dan lama dari beban kat hati saya. Yang mana saya rasa masalah saya kecil je. TT.
~ balik rumah orang bagi bunga.. Allah ckap, Aku sayang engkau. Aku dengar je engkau mengomel- ngomel tu.


Dan alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Jadi, setiap kali masalah menimpa diri kita, jadikan sandarkan pada Dia! Dan ikutilah petunjuk dariNya, dan insya Allah, keyakinan kita padaNya pasti tak akan rugi.

Dialah tuhan seluruh alam.

sungguh Dia mengetahui segala isi hati, Al Mulk : 13


allahu akbar, walillah ilham!
Bismillah..

Ikhlas tu susah tahu tak? Lagi-lagi bila kamu berikrar untuk ikhlas buat kerja-kerja baik (kerja ajak orang buat baik).

Saatnya kamu akan teruji dengan diri kamu sendiri. Mungkin dulu kamu teruji dengan anak binan yang degil, sampai kamu ramai kamu kena kuasai dirinya untuk tarbiyyah dia, kalau dulu kamu teruji dengan rakan-rakan sekapal yang tak sama bulu dengan kamu, kamu bulu beruang, mereka ada yang bulu ayam, bulu singa, bulu kucing dan juga bulu tikus.

Itu lebih mudah, lebih mudah untuk overcome dengan untuk ikhlas dengan diri sendiri.

Bila mana, kamu teruji dengan bergeser dengan prinsip yang berpuluh tahun kamu tanamkan, bilamana apa yang terjadi memerlukan kamu membuka, menjahit dan menampal kembali luka-luka yang lama telah kamu simpan. Iye luka yang dulu, tampal je, sampaikan tak perasan luka tu tak pernah sembuh. Asyik symptomatic treatment, sebab kamu tahu causal treatment tu sangat-sangat menyakitkan, bahkan akan menyebabkan bergalion air mata akan turun.

Dan kali ini, itulah yag terjadi..

Yang kamu bergeser kali ini, adalah diri kamu sendiri.

Lawan kamu adalah diri kamu.

Yang kamu perlu ubah dia, rawat dia, CURE dia yag paling penting.

Dan sesungguhnya kerja itu bukan lah sesuatu yang mudah!

Tak pernah mudah..pastinya meyakitkan..pastinya mendarahkan..

Tapi kamu tahu..kamu selagi kamu tak sembuhkan diri kamu..begitulah kamu..

Akan terdampar, lama-kelamaan akan dibawa ketepi, akhirnya reput dan hilang tanpa dapat dikesan lagi.

Dan itulah perkara yang kamu paling takuti..
Hilang dan tak dapat dikesan.

Akhirnya kamu akui, bahawa diri kamu masih lagi tertampal dan penuh dengan lumpuran jahiliyyah..
yang perlu kamu lawan, perang..

sakit bahkan menyakitkan. 

.......

......

ikhlaskan hati,