Musim exam ni, perkara yang paling sensitif untuk dibicarakan bagi saya adalah family. Malam ni, ringan sangat mulut saya ni untuk bercerita pada Si Teman Meja Makan.
Kat rumah itu ini, mak saya itu ini, ayah saya itu dan ini, kakak saya, adik saya, atuk saya..bla-bla.
Musim exam beginilah, hati ni terasa rindu teramat pada insan-insan itu. Pastilah ibu menjadi insan pertama yang dirindui.
Summer ni mungkin menjadi, ujian besar untuk sebuah rindu ini. Cabaran untuk memendam rasa dan rindu.
Teringat tahun-tahun sudah. Waktu summer saya akan menjadi teman ibu. Pasti akan saya membontoti ibu kemana sahaja dia pergi kecuali sekolah atau tandas atau ke bilik. Dari ke pasar ataupun ke halaman rumah.
Musim ramadhan, pasti akan sama-sama bersaing dengan ibu untuk siapkan sahur. Siapkan juadah berbuka. Sama-sama kemaskan rumah untuk sambut lebaran.
Ramadhan sudah, pagi-pagi pasti lenguh peha ibu, menanggung kepala saya saat dia membaca al Quran. Anak daranya yang seorang ni gemar amat tidur di atas ribaannya. Pasti itu kenangan untuk di ingat-ingat untuk ramadhan ini. Selesa benar tidur berbantalkan peha sang ibu. Iye saya anak ibu yang manja.
Menjelang lebaran, kesian ibu saya marahi sebab dia panjat tangga untuk bersihkan dinding rumah. Bukan apa risau. Kalau terjatuh atau apa. Biarlah saya yang panjatkan.
Dan yang paling dirindui adalah pelukan dan ciumannya buat saya. Kejap! Hangat! Buat saya di perantauan ini rindu! Sangat!
Pasti ada tangisan ibu, mengiringi setiap kali menghantar anaknya ini pulang ke tempat belajar. Biarpun puas dipesan-pesan. 'Ibu janganlah nangis. A_ _ pergi setahun je, tahun depan balik lagi.' Nyata tahun ini saya mungkiri janji itu.
Moga diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan insan-insan yang dirindui.
Mata dah basah pipi pun dah basah.
Moga Allah bahagiakan ibu dan abah dan adik-beradik walaupun saya tak ada di samping mereka..
gehehehehe~ silalah study rajin2 nanti boleh balik~kalau tak balik jugak,ada majlis 24hb ape~
ReplyDeleteterasa sedih pulak di hati ini
ReplyDeleteoh, aku ingin pulang:(
huhu
ReplyDeleteIna minta doa untuk jadi rajin yeh
VO: jangan sedih-sedih insya Allah walau jauh di mata tetap dekat di dalam doa.
ahaks~ tapi last year lain kan? sebab dapat cincin~ gahahaha.balik wei balik.jom pg pulau perhentian jom~
ReplyDeletekeke..aah last year balik dapat cincin..ngeeee..
ReplyDeletecincin oh cincin..kontoversy hbes..
insya Allah balik boleh lerr pegi join orang Jepang!! =p