Friday, 30 November 2012

Pencuri


Bismillah

"Akak, datang ni kenapa? apa Misi akak kali ini? " Tanya adik comel dihadapanku
Ku geleng-geleng kepala beberapa kali. " Tak ada apa-apa, saja!"

Kadang-kala, aku tertawa kecil di dalam hati. Mereka terbiasa dengan ziarah-ziarah yang dilakukan oleh kakak-kakak naqibah mereka, sehinggakan semua yang menziarah, pastinya dianggapi mempunyai "the hidden agenda"

Iyye mungkin ada.

Aku adalah pencuri. Aku ingin mencuri semangat mereka. Aku perlukan motivasi dari mereka untuk aku terus men'tsabat' hati dan perasaanku pada dakwah dan tarbiyyah ini. Semangat dan perasaan mereka yang berkobar-kobar ingin meng'islahkan diri, itu sebenarnya membuatkan aku terus mahu merasai kebesaran kasih sayangNya buat diriku.

Aku ingin terus mendengar dan mendengar cerita-cerita dan impian-impian mereka. Kesusahan dan naik turun mereka dalam mengejar cinta ilahi.
Aku mahu terus menjadi pendamping-pendamping insan yang ALLAH pilih untuk menjadi sebaik-baik ummat. Insan yang bercita-cita memperbaiki diri. Yang ikhlas memberi hati dan perasaan mereka kepada Tuhan.

Sungguh, kalau mereka tahu, aku menziarahi mereka, sekadar mencuri semangat dan motivasi dari mereka.

Ingin terus berbagi perasaan untuk mencari jalan terus kepada Tuhan!

Moga hati-hati kita terus merasai limpahan kasih sayangNya, melalui insan-insan yang Dia takdirkan hadir dalam hidup kita.
Amen insya Allah


Sunday, 10 June 2012

Jmenuje Melisa Zeynab

Namanya MelisaZeynab. Aku biasa melihat gadis cilik berumur sepuluh tahun ini, di masjid di bandar kecil di tengah-tengah bumi eropah ini. Dia seperti gadis biasa seusia dengannya. Lincah dengan pelbagai permainan kanak-kanak.

Namun hari ini, Allah takdirkan untuk aku berkesempatan untuk menziarahi dia dan keluarganya.
Gadis kecil ini, mungkin dari luarannya tiada bezanya dari kanak-kanak dan gadis-gadis Ceska yang seusia dengannya. Namun apa yang mengagumkanku adalah gadis yang dibesarkan disamping manusia yang kebanyakannya tidak mengakui kewujudan tuhan ini, mampu membacakan kami ayat-ayat Quran dengan penuh syahdunya. Subhanallah!

Dari satu surah pendek, ke surah pendek yang lain. Makin di baca makin galak gadis cilik ini membacakan buat kami. Nampak keriangan pada wajahnya tatkala membacakan kami surah-surah itu.

Mungkin, anda merasakan ''alah! apa yang hebatnya?"

Mungkin bagiku,ini adalah satu perkara yang sangat besar.

Tergambar wajah,adik-adikku,di Malaysia, rata-ratanya di kelilingi oleh muslim dan muslimah, namun berapa ramai di antara mereka,yang mampu membacakan ayat-ayat suci itu seperti Melisa.

Terasa betapa izzahnya ibu bapanya dengan ISLAM.
Biarpun dikelilingi dengan manusia-manusia yang belum mengenali ISLAM,namun anak-anak dari kecil
sudah dibiasakan untuk senang dan suka dengan ayat-ayat Allah. Menanamkan izzahnya islam itu tatkala anak-anak itu masih kecil.

Teringat Si ayah yang sentiasa membawa Melisa ke masjid comel kami di hujung pekan hampir setiap hari di bulan Ramadhan. Membiasakan anak-anak kecil dengan rumah Allah dan ayat-ayat Allah. Walaupun mereka hanya bermain-main dengan rakan-rakan seusia, namun, secara luar sedarnya, ada sesuatu sedang dibina di dalam otak mereka.

Sepanjang, berada di sini, aku kagum dengan sesetengah,keluarga arab dan turki,biarpun sudah puluhan tahun berada di negara bekas komunis ini,namun kuatnya izzah dengan islam itu, bilamana anak-anak kecil mereka masih lagi dibesarkan dengan didikan ayat-ayat dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w.

insya Allah semoga kita juga mampu menjadi seperti mereka. Kepelosok mana pun kita kembara, ke laut mana pun kita selami, kita tetap menjadi nila yang pekat itu.

 “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.” (2:132)


Fi amanillah - UmmuHamnah- <3

Sunday, 27 May 2012

Langkah pertama

Aku ditarbiyyah untuk mentarbiyyah
Aku dibina untuk membina

Pantaskah kuimpi, memiliki mujahid dan mujahidah,
kiranya hati belum cukup besar

Pantaskah kuimpi, mengendong masalah dunia,
kiranya hati masih keluh menghadapi masalah diri yang remeh

Yang pasti ianya bermula dalam diri.

Kerna ku tak pantas, membiarkan mereka membesar
dalam suasana sebegini.

Lantas, siapakah yang perlu memangkin perubahan?
Akukah ataukah mereka..