Bismillah..
Assalamualaikum wr wb.
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Al Hadid : 22)
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Al Hadid : 23)
Hari ini sangat terasa Allah nak tarbiyyah bil ahdas tentang ayat di atas. Bila teringat kembali apa yang terjadi hari ini dan refleks dengan perasaan sendiri. Subhanallah, masya Allah, Sungguh terasa penangan ayat ini.
Hari ini, alhamdulillah dah lulus subjek surgery. Satu-satunya subjek yang berjaya membuatkan aku me'lepek', lembik dan mentally block sehari sebelumnya.
Sangat teruji disaat-saat akhir di mana, walaupun sekian lama tempoh persediaan masih ada soalan yang tak berjaya dihabiskan (Ok, my fault).
Dah rasa, ya Allah macam mana ni nak pergi exam, macam tak ingat apa-apa. Yang so long belajar sebelum raya hari tu pun tak sempat diulang, seakan sangat impossible untuk menghabiskan final yang satu ni.
Allahu akbar!
Hati dah mula rasa kering, tak keruan dan rasa kurang yakin, malah tak ada hati utk pergi exam!T_T
Seharian aku panjatkan doa supaya Allah tetapkan hati, dan beri sedikit rasa untuk pergi exam!
Alhamdulillah, Usai solat isya', tetiba seakan terilham utk kembali tajnid balik niat dan kenapa nak pergi exam esoknya!
Seakan dibisikkan...dan selepas mentadabbur ayat ni,
Allah melapangkan rezki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi bagi siapa yang dia kehendaki.
Cliche dan sentiasa diulang-ulang.
tapi tahap beriman dan beramal dengan ayat ni rupanya masih diparas rendah.
Dari situ, terasa satu semangat baru menerjah!
Sahaja aku exam untuk mendapat redha Allah. Semoga aku redha dengan apa yang terbaik untukku!
Alhamdulillah examination went well from part 1 to part 3.
dan seusai exam. Sangat terasa yang mana, tiada satu zarah portion pun bahagianku dalam kejayaan ini.
Semata-mata milik Allah!
Dan sangat-sangat tenang!
Tidak terlalu gembira dan tidak bersedih hati!
Dan sekarang tiba masanya untuk bersyukur!
Bukan sekadar kalimah alhamdulillah dibibir. Bahkan kena fikirkan bagaimana hendak mentakzirkan kesyukuran dalam amal, dengan sebanyak-banyaknya.
Mudah-mudahan, walaupun aku tak berjaya mendapat grade 1 dalam exam, aku sangat berharap supaya Allah memberikan aku grade 1 sepanjang aku menghadapi ujian untuk menduduki peperiksaan berkenaan.
wallahua'lam.